Prayer Time

Friday, February 26, 2010

Ustaz Ismail Kamus - Tafsir Surah Al-Kafirun

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5



Part 6

Ustaz Ismail Kamus - Tafsir Surah Al-Falaq

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5



Part 6

Ustaz Ismail Kamus - Anda & Jin

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5

Tuesday, February 9, 2010

Ikan Pari Terbesar


SEORANG ahli biologi dari Amerika Syarikat (AS), Zeb Hogan keriangan apabila pemandu arahnya yang juga seorang pemancing, Rick Humphreys berjaya menangkap seekor ikan pari air tawar gergasi yang jarang ditemui seberat 22 kilogram di Sungai Maeklong di Thailand.

Mereka kemudiannya mengikat tali pada insang ikan tersebut dan membalut ekor berbisa haiwan itu sepanjang 1.52 meter dengan tuala.

Menurut Humphreys, ikan pari yang ditangkap kali ini merupakan 10 kali lebih besar daripada ikan pari terbesar yang pernah ditangkapnya.

"Ini merupakan satu permulaan. Masih terdapat ikan pari yang lebih besar," katanya.

Humphreys berkata, ikan pari air tawar terkenal di kalangan pemancing kerana kekuatannya yang biasanya boleh mengakibatkan tali pancing putus.

Menurutnya, dia memerlukan enam jam dan seramai 15 orang terpaksa membantu untuk menaikkan ikan pari gergasi tersebut.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa sekumpulan nelayan di Kemboja berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi seberat 500 kilogram dengan sayap sepanjang 4.3 meter.

Bagaimanapun, cerita itu hanya khabar angin dan sekiranya Hogan berjaya mengesahkan cerita tersebut, dia mungkin mencipta rekod dunia untuk ikan air tawar terbesar.

Ikan air tawar terbesar yang pernah direkodkan adalah seekor ikan keli seberat 239 kilogram yang ditangkap di Sungai Mekong, Thailand pada 2005.

"Ikan pari itu mungkin ikan air tawar terbesar di dunia. Bagaimanapun, saya tidak pernah bertemu dengan ikan sebesar itu walaupun sudah lima tahun mencari ikan pari di Sungai Mekong," kata Hogan.

Hogan kini dalam misi menjelajah dunia untuk mencari ikan air tawar terbesar di dunia yang merupakan sebahagian daripada projek Megafishes yang ditaja oleh National Geographic Society.




Projek itu bertujuan mendokumentasi dan melindungi ikan air tawar gergasi yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 91 kilogram atau mempunyai panjang melebihi 1.83 meter.

Projek yang bermula pada 2006 itu akan membawa Hogan menjelajah ke 14 sungai di enam benua termasuklah Sungai Mekong, Sungai Nil di Mesir, Sungai Mississippi di AS dan Sungai Amazon di selatan Amerika.

Menurut Hogan, kebanyakan spesies ikan air tawar gergasi kini diancam kepupusan kerana pencemaran sungai, aktiviti menangkap ikan dan pembinaan empangan.

"Daripada 22 spesies ikan gergasi hampir 70 peratus daripada jumlah itu kini diancam kepupusan," katanya.

Hogan berkata dia sangat tertarik dengan ikan pari air tawar atau nama saintifiknya Himantura chaophraya kerana masih banyak belum diketahui berhubung haiwan itu.

"Banyak persoalan berhubung ikan pari ini masih tidak terjawab seperti adakah ia benar-benar dari spesies ikan air tawar dan di mana ia membiak?," katanya.

Ikan pari itu yang kini termasuk dalam senarai haiwan yang hampir pupus di percayai boleh dijumpai di sungai-sungai di Thailand sehingga ke utara Australia.

Spesies ikan pari itu hanya ditemui oleh para saintis 18 tahun yang lalu dan jumlah populasinya masih belum diketahui.

Ikan pari juga hampir mustahil untuk dikesan kerana ia gemar berada di dasar sungai yang berlumpur mencari makanan seperti ikan kecil, udang dan ketam.

Friday, February 5, 2010

Kisah Kelebihan Berselawat Keatas Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa:''Malaikat Jibril, Israfil, Malik dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:

Berkata Jibril A.S.:''Wahai Rasulullah S.A.W. ,barangsiapa yang membaca selawat keatasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar''.

Malaikat Malik A.S. pula berkata:''Mereka yang berselawat keatas kamu akan aku memberi mereka itu minum dari telagamu''.

Berkata Malaikat Israfil A.S.:''Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu''.

Berkata Malaikat Izrail A.S.:Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi''.

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W. . Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W. .

Dengan kisah yang kita kongsi bersama ini, harap dijadikan amalan berterusan kita hingga akhir hayat.Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T.,Rasul dan para malaikat insyaallah.

Wassalam...

Kisah Azab Seksa Bagi Pengumpat

Assalamualaikum w.b.t.,saya ingin berkongsi kisah ini yang mungkin memberi kita sedikit kesedaran dan pedoman untuk kita semua.Saya terbaca kisah ini dari buku agama terbitan pada tahun 1991,kisah ini menarik minat saya lalu menulis kisah ini di dalam blog saya ini untuk tatapan semua. Moga kita mendapat kesedaran dan diberkati Allah S.W.T. hendaknya insyaallah. Selamat membaca.

ABU HURAIRAH R.A. meriwayatkan,katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: ''Tahukah kamu apakah ghibah(mengumpat)?''.Jawab sahabatnya,Allah dan RasulNya lebih mengetahui.Maka Nabi S.A.W. pun menghuraikan bahawa ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain,maka itu bererti ghibah padanya.

Sahabat bertanya kembali: ''Bagaimana kalau saudaranya betul begitu?:.Jawab Rasulullah S.A.W.: ''jika yang engkau sebut itu betul dan benar ada padanya maka itulah ghibah,tetapi jika tidak betul/benar maka itu buthan''. (membuat-buat pendustaan bagi memburuk-burukkan nama orang).

Dalam pada itu Ibnu Abi Najih R.A. pula berkata:''Ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasulullah S.A.W. .Setelah wanita itu pergi meninggalkan rumah Rasulullah S.A.W. ,maka Aisyah(isteri Rasulullah S.A.W.) lalu berkata:''Alangkah pendeknya wanita itu''.Rasulullah S.A.W. segera menegur Aisyah dengan katanya:''Engkau ghibah''. Aisyah segera menjawab:''saya tidak menyebut melainkan yang sebenarnya ada padanya. Tegas Rasulullah S.A.W. ''Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya..''.

Nabi Isa A.S pada mentafsirkan erti ghibah membuat pertanyaan kepada sahabat-sahabatnya,katanya:''jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur terbuka auratnya, apakah kamu akan menutupnya?. Jawab sahabat:''Ya''.

Nabi Isa A.S berkata:''Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekan seseorang lalu kamu tambah apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang berbicara itu,bererti kamu yang membuka sisa auratnya''.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:''Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakkan sangka-sangka(prasangka) sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah setengah kamu kepada setengahnya. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang telah mati?.Tentu kamu jijik. Dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah penerima taubat lagi Maha Penyanyang'' AL Hujurat ayat 12.

Di akhirat nanti di padang mahsyar selepas perbicaraan dan pertimbangan,maka setiap orang akan menerima sesuatu amalan masing-masing.Maka terlihatlah padanya suratan kebajikan yang dia sendiri tidak pernah melakukannya,maka mereka pun mengadu kepada Allah S.W.T.

Kata mereka:''Wahai Tuhanku,dari manakah kebajikan-kebajikan ini kerana aku sendiri tidak pernah melakukannya.Jawab Allah S.W.T.:''Itu adalah dari apa orang yang telah mengghibah terhadapmu semasa di dunia''.

Gambaran seksa di akhirat bagi orang yang berghibah telah digambarkan oleh Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:''Pada malam aku diisra'kan ke langit,aku telah melihat suatu kaum yang memotong daging pinggangnya kemudian dimakannya sambil menyebut mengikut suara arahan,makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka aku bertanya,Ya Jibril siapakah mereka itu?''. Jawab Jibril:''Mereka dari umatmu yang suka mengghibah(mengumpat)''.

Kisah pertama: Seorang ahli sufi Al Hassan Al Bashari diberitahu oleh seorang rakannya bahawa ada seseorang telah mengghibah terhadapnya,maka beliau segera mengirim setalam kurma melalui penyampai tadi untuk disampaikan kepada (si pengghibah) sambil berpesan,saya dapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan kebajikan kepadaku,maka saya ingin membalas hadiah itu,harap diterima hadiah dari saya yang tidak sepertinya sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu''.

Kisah kedua: Seorang wali Allah, Ibrahim bin Adham diundang di suatu majlis. Ketika dia duduk tiba-tiba terdengar orang berkata: ''polan tidak datang'',lalu disambut pula oleh orang lain,''Dia tidak boleh bergaul''.

Maka Ibrahim bin Adham pun berkata:''Ini yang menjadikan hati & perutku berat ketika menghadiri majlis makan kerana adanya ghibah pada seseorang muslim'',lalu dia pun keluar dari majlis itu dan tidak makan selama 3 hari.

Kisah ketiga: Khalid Arribi berkata:''Ketika aku masuk ke masjid tiba-tiba ada orang membicarakan keburukkan seseorang.Maka aku melarangnya. Mereka pun berhenti. Kemudian mereka kembali membicarakan hal orang lain dan akhirnya kembali pada orang yang pertama tadi dan aku pula masuk dalam perbicaraan itu.

''Maka pada malamnya aku bermimpi didatangi oleh seorang hitam yang tinggi membawa sedulang daging babi lalu berkata kepadaku, makanlah daging babi!. Demi Allah aku tidak akan memakannya. Orang hitam itu membentak keras kepadaku sambil berkata,engkau telah makan yang keji dari ini,lalu dipaksanya aku menelan daging babi itu ke dalam mulutku sampai aku terbangun dari tidurku''.

Kisah keempat: Pada suatu hari seorang zahid membeli makanan untuk isterinya. Tiba-tiba isterinya berkata, penjual-penjual makanan itu telah mengkhianati kamu dalam makanan itu. Maka si zahid itu tadi segera menceraikan isterinya. Apabila ditanya mengapakah dia menceraikan isterinya, beliau menjawab:''Aku seorang yang sangat cemburu dan khuatir akan dituntut oleh semua penjual-penjual makanan pada hari qiamat kerana kerana setuju dengan tindakan isteri bahawa penjual-penjual di pasar khianat kepadaku,maka kerana itulah aku menceraikannya''.

Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Musa A.S dengan amaran ''Barangsiapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari ghibah,maka dia itulah orang yang terakhir masuk ke syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia terus berghibah,maka dia itulah orang yang pertama masuk ke neraka''.

Al Hassan bin Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. berkata:''Kifarah mengumpat ialah dengan meminta ampun terhadap orang yang kau umpat''.

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:''Barangsiapa selama dalam umurnya mengghibah sekali sahaja maka Allah akan menyiksanya dengan sepuluh macam siksaan.

Pertama: Dia menjadi jauh dari rahmat Allah S.W.T.

Kedua: Malaikat memutuskan persahabatan dengan dia (tidak mahu menghampirinya).

Ketiga: Dicabut rohnya dengan kesakitan yang amat sangat.

Keempat: Dia menjadi dekat dengan neraka.

Kelima: Dia menjadi jauh dari syurga.

Keenam: Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya.

Ketujuh: Amal baiknya dihapuskan.

Kelapan: Roh Nabi Muhammad S.A.W. berasa sakit kerana dia.

Kesembilan: Allah murka terhadapnya.

Kesepuluh: Dia akan menjadi orang yang daif ditimbang amal kebajikannya pada hari qiamat.

Seterusnya Rasulullah S.A.W. memberi amaran keras kepada si pengghibah bahawa mereka akan diseksa di akhirat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A. katanya:''Barangsiapa mengghibah saudarnya sesama Islam, maka besok pada hari qiamat Allah memindahkan laluan qubulnya ke duburnya''.

Ali Ibni Abi Talib R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:''Jauhilah olehmu sekelian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah itu ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan, kebaikkannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah.

Ghibah sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yang datang dari kilang asap getah kerana adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W. bersiar-siar bersama-sama sahabatnya,tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai yang busuk lalu baginda bertanya:''Tahukah kamu sekelian bau apakah ini?''. Para sahabat menjawab, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda menerangkan, ini adalah bau orang-orang yang mengghibah seseorang yang beriman''.

Jika dibandingkan dengan masa ini maka timbullah persoalan, apakah hikmahnya bau ghibah dan kebusukkannya boleh terhidu pada zaman Rasulullah S.A.W. tetapi tidak terbau pada zaman sekarang?. Ulama' bersependapat menghuraikan bahawa ''Ghibah sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi dengan bau ghibah itu sendiri,maka bau busuk sudah tidak terhidu lagi''.

Bagaimanapun, ada juga ghibah yang diharuskan sebagaimana yang dikatakan oleh ulama', antaranya ialah:-

1. Imam (pemimpin) yang zalim.

2. Orang yang melakukan bida'ah dalam agama Islam.

3. Orang fasik yang mengiklankan kefasikannya.

Wallahualam...

Friday, January 29, 2010

Fadhilat Dan Khasiat Al-Fatihah


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:


"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran".


Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:


"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia maksudkan dalam bacaannya." dan "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."


Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.


Diantara khasiat Fatihah ialah :Siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.


Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.


Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.


Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.


Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.....


"Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki- Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati....


"Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrah u':


"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t.


"Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.


Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.


Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.


Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.


Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.


Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali: "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi- Mu".


Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali: > "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi- Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi- Mu".


Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun) Sabda Nabi Muhammad s.a.w."


"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan: Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang." Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Quran Online

Listen to Quran