Assalamualaikum w.b.t.,saya ingin berkongsi kisah ini yang mungkin memberi kita sedikit kesedaran dan pedoman untuk kita semua.Saya terbaca kisah ini dari buku agama terbitan pada tahun 1991,kisah ini menarik minat saya lalu menulis kisah ini di dalam blog saya ini untuk tatapan semua. Moga kita mendapat kesedaran dan diberkati Allah S.W.T. hendaknya insyaallah. Selamat membaca.
ABU HURAIRAH R.A. meriwayatkan,katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: ''Tahukah kamu apakah ghibah(mengumpat)?''.Jawab sahabatnya,Allah dan RasulNya lebih mengetahui.Maka Nabi S.A.W. pun menghuraikan bahawa ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain,maka itu bererti ghibah padanya.
Sahabat bertanya kembali: ''Bagaimana kalau saudaranya betul begitu?:.Jawab Rasulullah S.A.W.: ''jika yang engkau sebut itu betul dan benar ada padanya maka itulah ghibah,tetapi jika tidak betul/benar maka itu buthan''. (membuat-buat pendustaan bagi memburuk-burukkan nama orang).
Dalam pada itu Ibnu Abi Najih R.A. pula berkata:''Ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasulullah S.A.W. .Setelah wanita itu pergi meninggalkan rumah Rasulullah S.A.W. ,maka Aisyah(isteri Rasulullah S.A.W.) lalu berkata:''Alangkah pendeknya wanita itu''.Rasulullah S.A.W. segera menegur Aisyah dengan katanya:''Engkau ghibah''. Aisyah segera menjawab:''saya tidak menyebut melainkan yang sebenarnya ada padanya. Tegas Rasulullah S.A.W. ''Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya..''.
Nabi Isa A.S pada mentafsirkan erti ghibah membuat pertanyaan kepada sahabat-sahabatnya,katanya:''jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur terbuka auratnya, apakah kamu akan menutupnya?. Jawab sahabat:''Ya''.
Nabi Isa A.S berkata:''Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekan seseorang lalu kamu tambah apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang berbicara itu,bererti kamu yang membuka sisa auratnya''.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:''Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakkan sangka-sangka(prasangka) sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah setengah kamu kepada setengahnya. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang telah mati?.Tentu kamu jijik. Dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah penerima taubat lagi Maha Penyanyang'' AL Hujurat ayat 12.
Di akhirat nanti di padang mahsyar selepas perbicaraan dan pertimbangan,maka setiap orang akan menerima sesuatu amalan masing-masing.Maka terlihatlah padanya suratan kebajikan yang dia sendiri tidak pernah melakukannya,maka mereka pun mengadu kepada Allah S.W.T.
Kata mereka:''Wahai Tuhanku,dari manakah kebajikan-kebajikan ini kerana aku sendiri tidak pernah melakukannya.Jawab Allah S.W.T.:''Itu adalah dari apa orang yang telah mengghibah terhadapmu semasa di dunia''.
Gambaran seksa di akhirat bagi orang yang berghibah telah digambarkan oleh Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:''Pada malam aku diisra'kan ke langit,aku telah melihat suatu kaum yang memotong daging pinggangnya kemudian dimakannya sambil menyebut mengikut suara arahan,makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka aku bertanya,Ya Jibril siapakah mereka itu?''. Jawab Jibril:''Mereka dari umatmu yang suka mengghibah(mengumpat)''.
Kisah pertama: Seorang ahli sufi Al Hassan Al Bashari diberitahu oleh seorang rakannya bahawa ada seseorang telah mengghibah terhadapnya,maka beliau segera mengirim setalam kurma melalui penyampai tadi untuk disampaikan kepada (si pengghibah) sambil berpesan,saya dapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan kebajikan kepadaku,maka saya ingin membalas hadiah itu,harap diterima hadiah dari saya yang tidak sepertinya sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu''.
Kisah kedua: Seorang wali Allah, Ibrahim bin Adham diundang di suatu majlis. Ketika dia duduk tiba-tiba terdengar orang berkata: ''polan tidak datang'',lalu disambut pula oleh orang lain,''Dia tidak boleh bergaul''.
Maka Ibrahim bin Adham pun berkata:''Ini yang menjadikan hati & perutku berat ketika menghadiri majlis makan kerana adanya ghibah pada seseorang muslim'',lalu dia pun keluar dari majlis itu dan tidak makan selama 3 hari.
Kisah ketiga: Khalid Arribi berkata:''Ketika aku masuk ke masjid tiba-tiba ada orang membicarakan keburukkan seseorang.Maka aku melarangnya. Mereka pun berhenti. Kemudian mereka kembali membicarakan hal orang lain dan akhirnya kembali pada orang yang pertama tadi dan aku pula masuk dalam perbicaraan itu.
''Maka pada malamnya aku bermimpi didatangi oleh seorang hitam yang tinggi membawa sedulang daging babi lalu berkata kepadaku, makanlah daging babi!. Demi Allah aku tidak akan memakannya. Orang hitam itu membentak keras kepadaku sambil berkata,engkau telah makan yang keji dari ini,lalu dipaksanya aku menelan daging babi itu ke dalam mulutku sampai aku terbangun dari tidurku''.
Kisah keempat: Pada suatu hari seorang zahid membeli makanan untuk isterinya. Tiba-tiba isterinya berkata, penjual-penjual makanan itu telah mengkhianati kamu dalam makanan itu. Maka si zahid itu tadi segera menceraikan isterinya. Apabila ditanya mengapakah dia menceraikan isterinya, beliau menjawab:''Aku seorang yang sangat cemburu dan khuatir akan dituntut oleh semua penjual-penjual makanan pada hari qiamat kerana kerana setuju dengan tindakan isteri bahawa penjual-penjual di pasar khianat kepadaku,maka kerana itulah aku menceraikannya''.
Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Musa A.S dengan amaran ''Barangsiapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari ghibah,maka dia itulah orang yang terakhir masuk ke syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia terus berghibah,maka dia itulah orang yang pertama masuk ke neraka''.
Al Hassan bin Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. berkata:''Kifarah mengumpat ialah dengan meminta ampun terhadap orang yang kau umpat''.
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:''Barangsiapa selama dalam umurnya mengghibah sekali sahaja maka Allah akan menyiksanya dengan sepuluh macam siksaan.
Pertama: Dia menjadi jauh dari rahmat Allah S.W.T.
Kedua: Malaikat memutuskan persahabatan dengan dia (tidak mahu menghampirinya).
Ketiga: Dicabut rohnya dengan kesakitan yang amat sangat.
Keempat: Dia menjadi dekat dengan neraka.
Kelima: Dia menjadi jauh dari syurga.
Keenam: Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya.
Ketujuh: Amal baiknya dihapuskan.
Kelapan: Roh Nabi Muhammad S.A.W. berasa sakit kerana dia.
Kesembilan: Allah murka terhadapnya.
Kesepuluh: Dia akan menjadi orang yang daif ditimbang amal kebajikannya pada hari qiamat.
Seterusnya Rasulullah S.A.W. memberi amaran keras kepada si pengghibah bahawa mereka akan diseksa di akhirat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A. katanya:''Barangsiapa mengghibah saudarnya sesama Islam, maka besok pada hari qiamat Allah memindahkan laluan qubulnya ke duburnya''.
Ali Ibni Abi Talib R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:''Jauhilah olehmu sekelian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah itu ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan, kebaikkannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah.
Ghibah sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yang datang dari kilang asap getah kerana adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W. bersiar-siar bersama-sama sahabatnya,tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai yang busuk lalu baginda bertanya:''Tahukah kamu sekelian bau apakah ini?''. Para sahabat menjawab, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda menerangkan, ini adalah bau orang-orang yang mengghibah seseorang yang beriman''.
Jika dibandingkan dengan masa ini maka timbullah persoalan, apakah hikmahnya bau ghibah dan kebusukkannya boleh terhidu pada zaman Rasulullah S.A.W. tetapi tidak terbau pada zaman sekarang?. Ulama' bersependapat menghuraikan bahawa ''Ghibah sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi dengan bau ghibah itu sendiri,maka bau busuk sudah tidak terhidu lagi''.
Bagaimanapun, ada juga ghibah yang diharuskan sebagaimana yang dikatakan oleh ulama', antaranya ialah:-
1. Imam (pemimpin) yang zalim.
2. Orang yang melakukan bida'ah dalam agama Islam.
3. Orang fasik yang mengiklankan kefasikannya.
Wallahualam...
Friday, February 5, 2010
Kisah Azab Seksa Bagi Pengumpat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment