Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Friday, January 29, 2010
Fadhilat Dan Khasiat Al-Fatihah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Posted by BeliaN9 0 comments
Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Posted by BeliaN9 0 comments
Sejarah Dan Fadhilat Ayat Kursi
Posted by BeliaN9 0 comments
Kewujudan Alam Semesta
Posted by BeliaN9 0 comments
Pemisahan Langit Dan Bumi
Posted by BeliaN9 0 comments
Orbit
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
Posted by BeliaN9 0 comments
Islam Tidak Halalkan Keganasan Dan Penindasan
MASYARAKAT dunia mutakhir ini menyaksikan banyak kejadian keganasan, rusuhan dan pengeboman yang berlaku di seluruh pelusuk dunia. Kejadian pengeboman di Bali satu ketika dulu, pengeboman hotel di Bandar Mumbai, India,serangan rejim Israel terhadap negara Palestin dan yang terbaru di Malaysia,pembakaran rumah ibadat yg menimbulkan sentimen perkauman.
Semua kejadian yang berlaku menunjukkan ancaman keganasan semakin meningkat dari semasa ke semasa tanpa mengira tempat dan masa. Lebih malang dan menyedihkan lagi apabila kejadian keganasan itu berlaku, ada pihak yang terus menuding jari antara satu sama lain.Malah yang lebih membimbangkan ialah mereka yang terbabit dalam aktiviti keganasan ini membenarkan perbuatan mereka berhujahkan ajaran agama.
Namun, bagaimana pula dengan keganasan yang dilakukan Rejim Israel terhadap warga Palestin, mengapakah Rejim Israel tidak dilabelkan pengganas?Kuasa besar seolah-olah hanya memejamkan mata melihatkan rentetan kekejaman dilakukan ke atas rakyat Palestin. Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu rupa?
Justeru, amat penting bagi golongan ulama Islam pada ketika ini untuk memberi penjelasan bahawa istilah keganasan tidak ada dalam kamus Islam, malah tidak wujud dalam mana-mana agama samawi yang lain.Pendek kata, Islam dan agama samawi tidak menghalalkan sebarang bentuk keganasan.
Pengganas adalah penjenayah yang wajib ditentang dan dihapuskan. Begitu juga keganasan atas nama agama adalah sesuatu yang seharusnya ditolak dan ditentang sama sekali.Sehubungan itu, adalah sesuatu yang amat penting bagi umat Islam terutama pemimpin dan ulama Islam memberikan penjelasan dan tanggapan benar kepada masyarakat dunia bahawa Islam sebagai al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana terungkap dalam firman suci Allah Taala dalam surah Al-Anbia, ayat 107 yang bermaksud:
'''Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.''
Perlu ditegaskan bahawa Islam dari pelbagai sudutnya iaitu akidah, syariat dan akhlak, pada dasarnya amat menganjurkan umatnya supaya membentuk sebuah masyarakat sejahtera dan aman damai. Tidak timbul sama sekali istilah keganasan, pelampau dan lain-lain dalam kamus kehidupan umat Islam. Islam bukannya punca keganasan, sebaliknya penganut yang jahil mengenai Islam yang bersalah dalam hal ini.
Maka benarlah kata Mustafa Mahmud dalam bukunya Islam Fi Khandaq yang menegaskan bahawa punca utama kelemahan umat Islam kini ialah kerana mereka memahami Islam dengan kefahaman yang salah dan menyeleweng. Mereka memahami Islam sebagai satu agama yang menyeru kepada tawakul (bukannya tawakal) yang membawa maksud menyerah bulat-bulat kepada Allah Taala tanpa perlu berusaha dan berjihad, zuhud kepada dunia, berasa hina diri dan berpada dengan apa yang ada.
Orang Islam juga adalah umat yang amat rajin membaca al-Quran, namun mereka sentiasa keberatan untuk melaksanakan isi kandungannya dan tidak berusaha untuk melakukan perubahan dan kemajuan untuk diri mereka. Sebaliknya, mereka membaca al-Quran dalam keadaan perasaan, hati dan akal mereka mati untuk menyelami, memahami, menghayati dan juga mempraktikkan ayat-suci al-Quran dalam ruang lingkup realiti kehidupan sejagat.
Malahan ayat yang dibaca itu tidak berupaya bertindak sebagai pemangkin jitu ke arah kebangkitan, beramal, berjihad dan penerokaan terhadap rahsia Allah yang tersurat dan tersirat di bumi Allah Taala ini. Begitu juga, Sheikh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Al-Ghazwu al-Thaqafiy Yamtaddu Fi Faraghina menyatakan umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi.
Kedudukan wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau matlamat yang dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak terlaksana melainkan dengan wasilah terbabit, maka wasilah itu dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya.
Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya mereka masih lagi bergantung hasil makanan daripada ehsan golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Dan bagaimana pula umat Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh Islam?.
Jelas di sini ulama Islam sejak dulu lagi sudah mengupas persoalan salah faham umat Islam terhadap Islam sehingga mereka tergamak menghalalkan keganasan, rusuhan dan pengeboman atas nama Islam. Islam amat jauh sekali daripada apa yang mereka tafsirkan sebagai jihad pada jalan Allah.
Konsep jihad menurut perspektif Islam amat luas dan suci berdasarkan matlamat syariat yang digariskan Islam.Di dalam Islam, peperangan jihad tidak akan berlaku melainkan jika terpaksa iaitu apabila umat Islam dizalimi dan ditindas serta mereka ingin mempertahankan maruah mereka dan kesucian Islam daripada ancaman musuh Islam yang durjana.
Pada ketika itu, umat Islam diizinkan berjihad dan berjuang menentang musuh Islam, selaras dengan firman Allah Taala maksudnya:
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Surah al-Baqarah, ayat 190).
Peperangan jihad sebenarnya langkah terakhir yang diharuskan syarak kepada umat Islam dalam usaha mereka mempertahankan kesucian Islam daripada ancaman musuh Islam selepas beberapa langkah atau pendekatan awalan tidak berhasil dalam menangkis ancaman itu.
Inilah prinsip perjuangan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW untuk diteladani umat Islam selepasnya demi meneruskan kelangsungan Islam di bumi Allah ini.Di samping itu, selaras dengan kedudukan Islam sebagai al-Din bersifat rahmah, Islam amat menganjurkan umatnya agar menggunakan pendekatan berhemah dan lemah lembut sebelum memulakan langkah kekerasan.
Bukankah dakwah Islam tertegak atas landasan kata-kata yang lemah lembut seperti dakwah yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Harun ketika menghadap Firaun.Kisah ini menyingkap pendekatan dakwah yang berhikmah, islah secara baik, menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran biarlah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Allah.
Apa juga bentuk kekerasan dan keganasan adalah dilarang Islam sama sekali, terutama yang menyebabkan kemudaratan lebih besar kepada umum.Ini bermakna pengeboman, rusuhan dan membakar rumah ibadat yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah haram di sisi Islam, sekali gus termasuk dalam kategori perbuatan kerosakan yang disebut Allah sebagai al-fasad iaitu perbuatan memerangi Allah dan Rasul-Nya yang akhirnya menyebabkan balasan cukup berat di dunia dan akhirat.Oleh itu, setiap Muslim wajib bermuhasabah dan mencermin diri sejauh mana kefahaman terhadap Islam agar tidak tersasar daripada landasan Islam. Perlu diinsafi bahawa Islam amat menganjurkan kedamaian dan kesejahteraan sejagat. Tidak ada sama sekali istilah keganasan, rusuhan, pengeboman dan lain-lain lagi dalam kamus Islam, malah Islam mengutuk keras sebarang bentuk kekerasan dan tindakan keganasan yang menimbulkan kemudaratan besar kepada manusia sejagat.
Wallahualam....
Posted by BeliaN9 0 comments
Beristighfarlah
Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan. Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.
''Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''
Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''
Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.
Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar. Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:
``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''
Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru. Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud:
``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''
Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.
Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Sumber: Tazkirah
Posted by BeliaN9 0 comments
Thursday, January 28, 2010
Keajaiban Angka Dalam Al-Quran
"Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu,
peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan."
Wallahualam...
sumber: http://quranmiracles.com/
Posted by BeliaN9 0 comments
Gurindam 12
Di sini diletakkan Gurindam 12 peninggalan Almarhum Raja Ali Haji, Tokoh penting di dalam dunia Melayu Islam (1808-1873). Di harap karya beliau dapat dijadikan sedikit panduan untuk kita yang masih barada alam dunia ini sebelum mengikut jejak langkah beliau ke alam barzakh....
Gurindam 1
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.
Gurindam 2
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.
Gurindam 3
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.
Gurindam 4
Hail kerajaan di dalam tubuh,
jikalau lalim segala anggota pun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
Gurindam 5
Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Gurindam 6
Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abadi,
yang ada baik sedikit budi.
Gurindam 7
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampiri duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.
Gurindam 8
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kembalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Gurindam 9
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segala hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat.
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.
Gurindam 10
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil,
supaya tangannya jadi kafill.
Gurindam 11
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Gurindam 12
Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
Wassalam.....
Posted by BeliaN9 0 comments
4 Perkara Sebelum Tidur
( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Surah Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Posted by BeliaN9 0 comments
Friday, January 22, 2010
Pesanan Tentera Hezbollah
Posted by BeliaN9 0 comments
Thursday, January 21, 2010
Lubang Api Di Uzbekistan
Kisah ini bermula kira-kira 35 tahun yg lampau. Seorang ahli geologis telah menggali tempat ini untuk mencari gas asli. Secara tiba-tiba semasa penggalian tersebut, mereka telah terjumpa satu jurang besar di bawah tanah. kerana terlalu besar sehingga semua peralatan penggalian tersebut telah masuk ke dalam jurang tersebut.
Tiada siapapun yg berani turun ke dalam jurang tersebut disebabkan jurang tersebut dipenuhi gas asli bumi. Untuk menghindari gas bumi yang akan mencemarkan bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan semenjak dari itu sehingga kini, telah 35 tahun lubang ini terbakar tanpa henti walau sesaat.
Posted by BeliaN9 0 comments
Wednesday, January 20, 2010
Sungai Dalam Laut
Posted by BeliaN9 3 comments
Tuesday, January 19, 2010
Kehebatan 'Bismillah'
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIRROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
Sama-samalah kita mengamalkannya Insyaallah....
Posted by BeliaN9 0 comments
Tujuh Sunnah Nabi
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari . Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
1) Tahajjud , kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4) Jaga solat dhuha , kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Posted by BeliaN9 2 comments
Pantun Aurat
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersembol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.......sekian:)
Posted by BeliaN9 0 comments
Pesanan Imam Ghazali
Assalamualaikum..sama ada artikel ini, benar atau tidak wallahualam...semua nye kita serahkn pada yg Maha Berkuasa..ALLAH S.W.T.
PESANAN Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah..
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Posted by BeliaN9 0 comments
Kekeliruan Masjidil Aqsa & Dome Of The Rock
Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang “Al-Dastour” harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.Terjemahan surat Dr. Marwan:Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan diberi secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, Mathematics Zayed University Dubai.
Posted by BeliaN9 0 comments
Tanda-Tanda Kiamat
TANDA-TANDA KIAMAT KECILWahai kawan-kawan ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tidor cuba fikir-fikirkan berapa banyak tanda-tanda dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah. Antara tanda-tanda KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"- Riwayat Thabrani
8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" - Sahih MuslimSumber:
http://www.al-azim.com/~beringin/agama/menu.htm
Posted by BeliaN9 0 comments